Saturday, June 16, 2012

Gerakerja PRU13 sebagai jihad dan ibadah


Presiden PAS menggesa ahli-ahli mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini.
PETALAING JAYA: Seluruh ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah.
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli-ahli mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi.
“Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syuradalam membuat keputusan di setiap peringkat,” katanya dalam amanat kepada para petugas PRU13 yang dipetik dari blog rasminya.
Ujar beliau, “sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. dan tidak akan wujud gejala membalas dendam.
“Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada- Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT.
“Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA,” terangnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/14/gerakerja-pru13-sebagai-jihad-dan-ibadah/

No comments:

Post a Comment